Friday, March 6, 2009

Terima Kasih :]

Kenapa seseorang itu perlu berkasih sedangkan permata kepunyaan sendiri lebih bernilai. memiliki kasih sayang bukanlah senang utk dicari atau didapati. mungkin ia dapat dirasai dan mungkin juga tidak. kerana apa aku lebih sayangkan dia, sedangkan emak dan ayah membesarkan aku. Aku tidak pernah terfikir mahupun memikirkannya. Pedih dan perit aku masih terasa, betapa aku perlukan dia. dia hadir dalam hidupku, mengajar erti kebahagiaan, mengubah dan mewarnai hidup ku. juga mengubah nasib dan perasaan yang dialami. mungkin juga hadirnya dia hanyalah bersahaja, tetapi aku tahu, betapa sayang nya dia terhadap aku. Hadirnya dia jugalah, mengajar aku lebih dewasa juga membuatkan aku hidup lebih bahagia . Hanya Tuhan sahaja yang tahu isi hati ini. mungkin juga dia yang terbaik dr yang sebelumnya, yaa, dia amat bermakna bgku. Insan yang berhati mulia, penyabar, tidak pernah membantah kata-kataku walaupun sepatah. Sanggup menyerah walaupun kesalahan ku demi kebahagiaan. Hadirnya dia, mengubah segalanya. Kerana dia, sanggup berkorban apa sahaja, dan kerana sayang lahh, dia snggup terima ku seadanya. Sanggup bersabr dengan segala kata kata kesat yang aku luahkan, tetapi hanya kata maaf yang terukir dari bibirnya. betapa sayangnya dia, betapa sabar nya dia. sungguh aku terharu, dan engkau lah paling aku sayang dan tiada yang lain di hati ini :]




*even agak jiwang, tapi mcm try la kott. :D

Terima kasih yaa bubu.

No comments:

Post a Comment