Monday, February 22, 2010

Vowel dan Vokal


Baru baru ni, aku ada terbaca sabuah majalah, ehh silap buku aku rasa. Yang bertajuk Reader Digest. Yaa, semenjak dua menjak tiga menjak kebelakangan ini, tiba tiba aku menjadi seorang yang rajin membaca buku. Buku bahasa inggeris pula tu. Yelah, dh wishlist 2010 aku adalah untuk memantapkan bahasa inggeris. Lemah sungguh. Setiap kali membaca mesti selak kamus, dalam satu hari lebih dari sepuluh perkataan baru aku dapat. Tapi tak pernah masuk. Kenapa yea ? Entah lah.


Bukan ini yang hendak aku sampaikan di entry ini. Sebenarnya, di dalam Reader Digest tu, salah seorang penulis nya ada menulis sebuah artikel tentang huruf vokal. Yaa, benar artikel itu dalam bahasa inggeris, tapi buat buat paham je. Siapa tak baca Reader Digest ni memag rugi sebab artikel nya semua pendek pendek. Senang paham, maybe* Ouh ya, artikel tu membincangkan tentang huruf vokal zaman sekarang dh jarang digunakan.


Kalau korang semua perasan, kehidupan seharian kita, apabila kita bersms, chatting or hntr email or yang berkaitan dengan menaip, kadang kdang tu sesetengah perkataan kita tidak menggunakan huruf vokal. Yaa, betul. Skong statement ini. Benda ini boleh mempengaruhi semua otak. Contoh yang terdekat saya beri, situasi yang terdekat yang prna aku alami. Adik saya baru berumur 6 tahun, tgk kakak kakak nya ber'chatting' langsung boleh paham even shortform pun, dia kini dia mnggunakan nya di facebook. Tidak perlu pelik, di sudah memiliki facebook dan pandai menaip juga chatting tetapi tidak sepantas kakak kakaknya.

Di sini saya memberikan sedikit contoh perkataan yang hilang vokal nya apabila berchatting atau bersms. Lhat dan tenung.

Dengan-Dgn
Yang-Yg
I love you-Ily
Mereka-Mrk
Saya- Sy
Makan-Mkn
Sudah- Dh
Bawa- bw
I don't know- Idk
Tengah-tgh

Dan sebagainya... Ini adalah sebahagian sahaja, bukan sebahagian tak smpai sebahagian pun, sesuku.

Kalau saya cakap mcm ni, korang paham tak ?
"sy dh mkn, knp ?"
Paham kan ? Ni cth je.

Entry kali ni tiada kena mengena dgn sesiapa. Tak perli siapa siapa pun. Cuma berkongsi tentang hal ini ajaa. Saya pun lebih kurang sama ajaa cara menaip. Jangan terasa atau tersinggung.





2 comments: