Monday, May 23, 2011

Half half separuh separuh

Semalam adik aku tidur dkt bilik aku sbb dia takut tgk dkt tv mayat mayat anak anak yatim yg tertimbus akibat tanah runtuh di Hulu Langat tu. Innalillah.


Biasalah kwsn kejadian dkt dgn rumah, jenazah ditanam dkt dgn kubur atuk, maka terngiang ngiang lah wajah wajah mereka di paparan skrin ingatan adik aku.


Kesian aku tgk, sudah la hari ni exam, tak cukup tidur pula tu. Pukul 2.30am masih tak tidur sbb takut, pukul 5.30 pagi dah kena bangun.


Moga moga kau jwb exam dgn penuh smngat walaupun mata lebam tak cukup tidur.


Lately ni aku asyik pikir kan ketakutan. Bkn takut sbb tgk jenazah jenazah anak anak yatim tu ke apa, bukan takut hantu ke apa, aku takut klu lah tiba tiba satu hari nanti tuhan tarik nyawa aku begitu sahaja.


Setiap malam sebelum tidur mesti aku pikir, setiap malam sebelum tidur mesti aku rasa takut nak tidur, setiap malam aku doa moga moga aku bangun dikeesokkan harinya. Kalau lah aku mati ketika waktu tidur, tak sempat nak bertaubat. tahu ?


Dosa banyak tak terkata. Dosa bertimbun. Dosa lebih berat daripada pahala.


Risau sgt sgt. Kata hati nak berubah, niat dah ada, tapi buat nya tidak lagi.


Kadang kadang tu aku sampai terfikir nak pergi jumpa seorang ustazah supaya dia boleh tunjukkan aku jalan yg lurus.


Aku tak boleh nak berubah sendiri kalau tiada bantuan.


Risau nyaa tak terkata :|


Dunia skrng dah akhir zaman.

"Pernah sahabat Nabi s.a.w. bertanya tentang akhir zaman. Antara jawapan yang diberikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. anak-anak perempuan kita akan hilang maruah, anak-anak lelaki kita akan tinggalkan amanah dan kita sudah berhenti berjihad (berkorban dan berjuang)."


Mcm mana kita nak cintai diri sendiri malah cinta org lain kalau kita tak cinta kepada Nya ?

1 comment: