Thursday, July 28, 2011

Ramadhan wishlist

Lagi beberapa hari utk puasa. Aku rasa mcm aku tak ready pape pun lagi. Eh bkn, aku rasa mcm eh yeke minggu dpn puasa ? knp cpt sgt. T.T


Mcm tak redha je puasa nak dtg. Gila kau, eksited gila. Paling eksited aku la. Haha :D


Konon nya. lah kan.



Tetibe tahun ni aku mcm nak buat wishlist pulak bulan Ramadhan. Boleh ke ?


Mcm buat azam lah kan. Tapi aku asal tahun baru je buat azam tapi tak terazam azam lagi. Ok tak lupakan kali, kali ni betul betul serious *muka serious sambil dahi berkerut*

Pstt, jgn la ckp aku ni ntah pape tunjukkan keentah apa apa aku nak senaraikan ni. Aku buat je. Niat aku ikhlas. Sobss :'(


#1
Aku rasa Ramadhan kali ni aku nak cuba sembahyang penuh full. Tipu la klu skrng ni aku ckp aku smbhyang full, aku admit (oi lihat la dunia kejahatan aku ini) yg aku tak selalu dapat smbhyang full. Maaf aku mmg keji. Jadinya aku tekad Ramadhan ni aku akan cuba hari hari fullkan solat aku. InsyaAllah. *kebenda la time Ramadhan baru nak ubah start hari ni tak boleh ke ? (psstt, aura ramadhan tu membuatkan aku rasa lebih bersemangat :D)

#2
Kalau boleh, aku nak khatamkan Al-quran dlm bulan Ramadhan ini. Klu boleh dua kali sebulan tu aku nak khatam. InsyaAllah. Boleh kan begitu ? Tiba tiba hati aku terbuka begini.

#3
Hihi, hari hari nak pi solat tarawih. Wuuu boleh dok ? Aku akan usahakan diri supaya tidak malas utk ke solat terawih. eh tak buat full pun, buat separuh je. Imam surau dpn rumah aku ni baca ayat pepjg. *amboih kemain kau ni Nana* -_____-"

#4
Kurangkan online, banyakkan ibadah. Kurangkan berjalan duduk dirumah. Baru la tak penat. Ni asyik online je. Then asyik asyik tidur je. Kebenda la kan. Lagi lagi tgh cuti mcm ni, mmg napsu tidur aku membuak buak la kan. InsyaAllah cuba kawal. Tahun lepas puasa aku di matrikulasi Perak, pelbagai dugaan betul disana dgn class nya dgn org sekeliliing nya dgn dgn bangsa bkn melayunya. Ahhhhhhh nasib aku boleh bertahan. hihi :P

#5
Aku harap keajaiban akan berlaku di bulan Ramadhan nanti. InsyaAllah aku harap rayuan UPU aku diterima. Itu je yg aku nak skrng ni. Maybe lah kot bulan 8 keluar keputusan rayuan, tak pun bulan 9 ? Entah. Tapi itu je yg aku harapkan skrng ni. Kwn kwn semuanya dah bersuka ria riyot meng-print itu ini, surat tawaran bagai, aku je terkapai kapai disini :/

#6
Ok dah. Tak boleh nak byk byk. Nti bukan nya terbuat pun. Hangat hangat taik ayam jeww. HIHIHIHIHI. Wishlist terakhir, aku harap dgn izin Allah, aku dpt full kan wishlist aku ini. InsyaAllah. :)


Selamat berpuasa semua. Moga moga bulan puasa ini hidup kita lebih diberkati. Tingkatkan ibadat eh ibadah ke ibadat ? Sampai skrng aku kompius antara ibadat dgn ibadah someone tulun explainkan boleh ? -.-"


Apa apa pun aku tak sabo nak shopping raya. Weeeeeehhhuuuu ! See ya at Jalan Tar ! Byeee

1 comment: